Notis privasi
Dikemas kini: 17/10/2026
Notis ini menerangkan bagaimana Jaringan Perniagaan Malaysia mengumpul dan menggunakan data peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
1. Data yang dikumpul
- Nama, No. KP, no. telefon dan e-mel semasa pendaftaran akaun.
- Butiran kenderaan (no. pendaftaran, jenama, model, tahun, CC, tarikh tamat insurans).
- Dokumen yang anda muat naik (salinan MyKad, geran kenderaan, resit bayaran).
- Alamat penghantaran SIM jika anda memilih pakej nombor Tune Talk.
2. Tujuan
Data digunakan untuk memproses permohonan roadtax, insurans kenderaan dan pendaftaran nombor Tune Talk anda, mengesahkan bayaran, menghubungi anda tentang permohonan, dan menyimpan rekod transaksi.
3. Pendedahan
Data hanya dikongsi dengan pihak yang perlu untuk memproses permohonan anda, seperti syarikat insurans, pihak berkuasa pengangkutan dan Tune Talk, atau apabila dikehendaki oleh undang-undang. Data anda tidak dijual kepada pihak lain.
4. Keselamatan & penyimpanan
Data dan dokumen disimpan dalam sistem yang dilindungi kata laluan dan sambungan HTTPS. Dokumen hanya boleh dibuka oleh anda dan admin. Data disimpan selama diperlukan untuk tujuan di atas dan rekod perniagaan.
5. Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat atau membetulkan data peribadi anda, atau menarik balik persetujuan (yang mungkin menyebabkan permohonan tidak dapat diproses), dengan menghubungi kami.
6. Hubungi kami
WhatsApp: 011-1079 1110